Friday, June 5, 2009

Nama di beri Muhammad

Bismillah Wa Bi hamdih...

Ummi abi gemarkan nama yang singkat tetapi penuh dengan makna dan sesuatu yang sering mengingatkan ummi abi akan erti sebuah kehidupan.

Al - Hamdulillah ALLAH bimbing hati kami memilih nama Muhammad sebagai ingatan yang berterusan bahawa ummi abi telah bersepakat melayari kehidupan ini demi redhaNYA. Apa lagi jalan selain menelusuri perjalanan Nabi Muhammad. Memang itulah jalan penuh ujian, penuh dengan pembersihan berterusan... akhir yang di harapkan pautan hati pada yang SATU mengukuhkan kasih sayang keluarga ini.

bunaiya Muhammad...

sirah Rasulullah begitu padat dengan pengajaran dan bimbingan melayari kehidupan ini. ummi telah bercita - cita untuk mengikuti perjalanan insan mulia insan agung seiring dengan pertambahan usiamu. ummi sering berdoa agar ummi terus - terus di bimbing ALLAH untuk mendidikmu sesuai fitrahmu...

sejak kehadiranmu bunaiya muhammad, biarpun ummi merasa kepenatan, pelbagai perasaan... kehadiranmu sentiasa menyejukkan hati ummi biar apapun gelagat dan tindakanmu.. namun, terkadang ummi merasa sedih tatkala kelemahan diri ummi memberi kesan dalam proses mendidikmu... maafkan ummi bunaiya al - habib..

Moga kau terus meletakkan Ar-Rasul sebagai qudwah sesuai nama yang ALLAH lorongkan ummi abi. Moga Kau menjadi abang yang sentiasa berusaha membimbing adik - adik kelak.. Moga kau terus riang menyerikan perjalanan kehidupan ummi abi ini..

lakal hamdu ya iLaHi ala hazihi ni'mah.

Sunday, May 31, 2009

Dedikasi Ummi



Salamullahialaika..

Bunaiya Muhammad..

catatan ini agak terlewat, namun ummi tetap akan memulakan. Ummi khaskan blog ini untuk mencatat segala perjalanan hidupmu.

Hadirmu bunaiya muhammad dalam suasana yang amat di nantikan oleh insan - insan sekeliling. hadirmu bukan sekadar amanah buat ummi, bahkan satu tarbiyyah buat ummi.. memikul amanah mendidik kurniaan ILaHi sesuai mengikut fitrahnya.

bunaiya Muhammad,

hadirmu satu pengalaman buat ummi. suatu muhasabah. satu keinsafan malah satu anugerah penuh segala keni'matan dan ujian. segala pujian bagi ILaHi Rabbi.

Moga Allah terus memberi ummi kekuatan melakar peribadimu dengan Akhlaq sesuai di kehendaki ALLAH. Ameen.